Tuesday, 6 January 2015





KEPENTINGAN
OKSIGEN





Pengangkutan oksigen dalam badan berlaku melalui 3 cara iaitu:



Resapan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari




 

Pengangkutan oksigen oleh sel-sel darah merah 




Resapan oksigen dari kapilari ke dalam sel-sel






  Bagaimana oksigen dan karbon dioksida 

boleh bertukar?






  • Kita tarik nafas, jadi udara yang masuk penuh dengan oksigen (kepekatan tinggi) 


  • Udara itu akan masuk ke alveolus (struktur bola di atas) .

  • Oleh kerana kepekatan nya yang tinggi, maka oksigen akan meresap ke dalam kapilari sebab ada beza cerun resapan. 

  • Oksigen akan bergabung dengan sel darah merah bagi membentuk OKSIHEMOGLOBIN 

  • Darah tadi akan bergerak ke sel badan.

  • Di sana pula, oksigen tadi akan diserap oleh sel badan kerana ada beza cerun resapan juga.


Darah pula akan menyerap karbon dioksida yang ada pada sel. Darah seterusnya akan kembali ke pangkal jalan paru-paru, dan akan tukarkan semula karbon dioksida dengan oksigen di alveolus dan proses itu berulangan, dan lagi, dan lagi, dan lagi. 









No comments:

Post a Comment